Jumaat, 5 Mac 2010

kepentingan jalur lebar




Terbuktilah disini bahawa jalur lebar membawa kepentingan yang sangat baik terhadap masyarakat dan yang utamanya bagi saya sebagai seorang pelajar.Kepentingan yang ada ini boleh merubah diri seseorang menjadi insan yang mengenal erti keyakinan terhadap sesuatu perkara seperti penggunaan jalur lebar.

Dalam segi masyarakat,kita dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan negara yang mampu bersaing di persada dunia merupakan matlamat utama kerajaan apabila memperkenalkan pelbagai projek berteknologi tinggi di negara ini.Hal ini kerana,dengan adanya penggunaan jalur lebar ia dapat memudahkan masyarakat untuk mencari maklumat yang bernas dengan hanya memetik jari sahaja.


Manakala bagi golongan para pelajar, mereka boleh mendapat perkhidmatan pelajaran melalui persidangan video dan sebagainya. Sehubungan dengannya,pelajar lebih bijak memilih strategi melalui penggunaan jalur lebar.Ia dapat menjadikan seorang pelajar yang berdedikasi tentang pelajaran kerana dengan wujudnya penggunaan ini.Selain itu juga,pelajar dapat mencari maklumat dan pendapat yang bernas dengan hanya sekelip mata.


Sebagai kesimpulannya,penggunaaan jalur lebar telah merubah hidup masyarakat dan para pelajar sebagai seorang yang cekap pemikirannya tentang perkara yang ingin diketahui.Oleh yang demikian,kepentingan ini dapat kita perolehi melaluinya.


1 ulasan: